"Nampak biasa, tapi  bulan depan jadi luar biasa", begitulah janji Chef Ismail Nawai antara beberapa orang chef 'otai' bergabung tenaga menyediakan sajian sempena Iftar Ramadan di Hotel Excelsior Hotel, Ipoh, April nanti.

Berinspirasikan resepi warisan Opah kepada Chef Ismail, beliau turut menggabungkan kemahirannya sebagai chef selama 27 tahun. Beliau memberi jaminan menu buffet yang bakal disajikan berbaloi dengan nilai wang dan diluar kebiasaan berbanding dari hotel-hotel lain.

"Konsep 'Ala Kampung' yang diketengahkan ini, pastinya menepati selera semua peringkat usia terutamanya yang merindui sajian hasil air tangan orang ibunda dan nenekda di kampung.

"Menu seperti Gulai Kawah, Rendang Tok Pak Kucai, Sambal Udang Petai, Cucur Udang Pak Kucai, aneka jenis kerabu, kuih muih tradisional dan pelbagai lagi antara tarikan utama menanti anda.

"Satu lagi kelainan yang kami tonjolkan ialah sajian masakan utama masyarakat cina antaranya Butter Prawn, Ikan Steam, Ikan Tiga Rasa dan Nasi Ayam yang membuka selera anda", katanya pada media sempena Ramadan Food Preview, Jom Berbuka Ala Kampung Excelsior, semalam.

Iftar Ramadan yang akan bermula 7 April hingga 2 Mei 2022 ini, akan diadakan di Excelsior Ballroom Tingkat 13A, yang boleh memuat lebih kurang 380 orang pada satu masa.

Chef Ismail mwngingatkan, pengunjung seharusnya tidak terlepas menikmati Cucur Udang Pak Kucai yang disediakan oleh Chef Kusairi.

"Jujur saya nyatakan inilah cucur udang terbaik di bandaraya Ipoh yang akan disajikan setiap hari.

"Menu lain seperti Satay dan Kambing Bakar akan disajikan pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Setiap hari Rabu pula, sajian masakan cina akan disediakan oleh Chef Leong.

"Untuk mempelbagaikan citarasa pengunjung, hampir kesemua menu akan bertukar setiap hari, kecuali menu tetap seperti Gulai Kawah dan beberapa emnu lagi. Kami ada gerai mee yang istimewa yang akan diselang-selikan juga dengan pelbagai menu seperti Mee Rebus, Laksa, Soto dan Bakso", ujarnya.

Harga untuk dewasa dikenakan RM70.00, warga emas 60 tahun ke atas RM65.00 dan kanak-kanak 6 hingga 12 tahun, RM60.00.

Walaubagaimanapun untuk tempahan promosi awal Ramadan harga harga istimewa ialah RM65.00. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Mariana 018- 2054690, Jeriner 012 – 537B7880 dan Jeeva 016 5269109.