Kepada yang mengawal keseimbangan diet seharian terutamanya sewaktu berbuka puasa, dim sum antara sajian yang menjadi pilihan kerana ianya mengandungi sebilangan nutrisi didalam piramid makanan.

Canning Dim Sum yang terletak di Taman Canning  Ipoh,  mampu memeriahkan iftar Ramadan anda bersama keluarga.  Lebih 50 jenis sajian yang disediakan oleh chef berpengalaman tanpa mengunakan bahan-bahan pengawet dan pewarna tiruan.

Sajian ‘signature’ yang  wajid dinikmati iaitu Fried Radish Cake dan 5 blessing Lava Pau antaranya Salted Egg Lava, Chocolate Lava, Peanut Lava, Pandan Lava dan Black Sesame Lava Pau. Sajian ini lebih menerujakan apabila dinikmati bersama keharuman aroma kopi panas ‘kaw’ yang viral di sini.

Canning Dim Sum mengekalkan tradisi dim sum dengan menghidangkan terus kepada pelanggan dari meja  ke meja. Ianya besesuaian dengan maksud dim sum itu sendiri iaitu ‘touch the heart’.

Antara sajian  utama berbuka puasa di sini ialah Nasi Kukus Pandan dengan Sambal Ikan Bilis, Fried Radish Cake, Beancurd Skin Chicken, Little Carrot, Fried Mini BBQ Pau, Salted Egg Lava Pau/Pandan Lava pau, Crystal Shrimp Dumpling, Tom Yam Mai, Cucur Taugeh bersama Kuah Kacang dan Puding Mangga.

Pengunjung tidak perlu bimbang akan status Hahal,  Canning Dim Sum mempunyai sijil Halal yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Sijil Keselamatan dan Kebersihan Makanan Antarabangsa.

Canning Dim Sum juga pernah mencatat anugerah Malaysia Book Of Record bagi pokok krismas tertinggi yang diperbuat daripada bakul buluh.

Ruang restoran yang  selasa serta berkonsep tersendiri dan kreative ini, mampu memuatkan seramai 50 orang  pelanggan dalam satu masa.  Sajian berbuka puasa ini bermula 3 April hingga 2 May 2022. Waktu beroperasi 7:30 pagi – 10.00 malam kecuali hari Rabu.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan berbuka puasa bolehlah menghubungi 016-268 0535. FB: Canning dim sum dan Instagram: Canning dim sum.