Teppanyaki merupakan gaya penyediaan makanan yang popular di negara Jepun dan kini ia semakin digemari di Malaysia.

Sekiranya di hujung minggu anda ingin menjamu selera dengan sesuatu yang berbeza dari rutin harian, Weil Hotel satu-satunya hotel yang menyajikan makanan berkonsepkan terbuka.

Melihat dari penawaran harga pakage menarik dan berbaloi, pastinya peminat-peminat Teppanyaki tidak akan melupaskan peluang ini untuk bersantai bersama keluarga atau sahabat handai.

Antara bahan-bahan segar yang menjadi pilihan ialah Marinated Chicken with Thyme, Mini Steak, Fish and Chicken Sausage serta beberapa jenis sos yang menyelerakan.

Selain itu, sebanyak 11 menu ‘panas’ turut disajikan terus dari dapur yang tidak kurang menarik perhatian pengunjung antaranya Chili Crab With Min Bun, Stream Bamboo Clam With Mince Garlic, Keang Som. Baked Chicken With Korean Spicy Sauce dan Masala Prawn.

Bagi peminat Sushi dan Sashimi jangan lupa untuk mencuba Salmon Aburi Nigiri, Maguri Maki, Inari Sushi, Shiro Maguro Sashimi dan banyak lagi.

Begitu juga pelbagai pilihan bahan segar untuk ‘Seafood On Ice’ antaranya Freshly Oyster, Fan Shell Scallops, Prawn, Blue Mussel, Flower Crab dan Yabbies’.

Seafood Buffet Dinner disediakan setiap hari Sabtu bermula 6.00 petang hingga 10.30 malam di kafe Tiffin , menawarkan harga RM138.00 bagi dewasa, warga emas 60 tahun keatas RM108.00 dan kanak-kanak 5-12 tahun RM98.00.

International Seafood Lunch Buffet pula disajikan setiap Sabtu dan Ahad bermula jam 12.00 tengahari hingga 2.30 petang. Harga untuk dewasa RM58.00, warga emas 60 tahun keatas RM48.00 dan kanak-kanak 5-12 tahun RM38.00.