Makan sepuasnya di MAYA Steamboat & BBQ Ipoh
- Details
- Saloma
- Makanan Minuman
- Hits: 5001
IPOH - Konsep makan sepuasnya menjadikan kunjungan pelanggan ke MAYA Steamboat & BBQ Ipoh yang terletak di Jalan Sultan Idris Shah ternyata memberikan kepuasan jiwa.
Bukan restoran sebarang, sebaliknya ia menyajikan gabungan citarasa oriental dan barat yang pastinya menepati dengan selera penggemarnya.
MAYA Steamboat & BBQ Ipoh merupakan port makan baharu di bandaraya ini sekali gus menambahkan lagi variasi selera orang Ipoh termasuk pengunjung luar.
Ini juga mengukuhkan lagi jenama Ipoh yang sememangnya terkenal dengan banyak tempat-tempat makan popular dan 'best' sehingga menarik kunjungan ramai.
Pengarah MAYA Steamboat & BBQ Ipoh, Mu'amar Ghadafi Jamal berkata, premis itu baharu dibuka pada 8 Ogos lalu.
Katanya, nama MAYA dipilih kerana ia sendiri membawa maksud kebaikan dalam banyak bahasa sesuai dengan konsep premis itu yang terbuka untuk dikunjungi semua lapisan masyarakat.
"MAYA Steamboat & BBQ Ipoh berkonsep kedai makan untuk semua golongan apatah lagi bandaraya Ipoh merupakan bandar yang dikenali dengan masyarakat majmuknya.
"Kita menyajikan hidangan bahan-bahan halal serta terjamin kesuciannya, jadi tidak timbul keraguan untuk datang makan di sini.
"Pada masa sama, kita juga menawarkan lokasi ini untuk sebarang acara, penganjuran majlis atau keraian dengan kemudahan yang disediakan," ujarnya.
Lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh juga tidak sukar dicari, malah pada yang kali pertama ke sini aplikasi Waze atau Google Map akan membawa anda.
Tempat letak kereta juga luas lantas memberi keselesaan kerana kunjungan untuk makan-makan ke sesebuah ada kalanya jadi terbantut semata-mata kerana sukar mendapatkan tempat letak kenderaan.
Kemudahan surau dan tandas juga disediakan, jadi sangat selesa jika datang bersama keluarga.
Menurut Mu'amar Ghadafi, terdapat lima jenis pilihan sup yang boleh dipilih pelanggan iaitu Signature Kari Laksa, Shukumvit Tom Yam, Cheesy Tomato, MAYA Tulang Ikan & Keladi dan juga Bubur Herba Emas.
Bahan-bahan yang disediakan juga premium seperti bebola ikan, ketam, sotong, ketam selain beraneka jenis dan segar.
Pada yang minat bergambar, selfie atau OOTD, banyak port menarik untuk merakamkan foto kenangan selain suasana bermandikan cahaya warna warni pada waktu malam.
Mula beroperasi pada 5 petang hingga 1 pagi kecuali pada hari Rabu, MAYA Steamboat & BBQ Ipoh, pelanggan juga boleh membuat tempahan awal atau pertanyaan secara WhatsApp menerusi talian 011-25761411.
Lokasi :
MAYA Steamboat & BBQ Ipoh
Lot 34496, Jalan Sultan Idris Shah,
Taman Jubilee, 30000 Ipoh Perak.
(Berdekatan Maybank/Shell Ipoh Parade)
MAYA Steamboat & BBQ Ipoh
Lot 34496, Jalan Sultan Idris Shah,
Taman Jubilee, 30000 Ipoh Perak.
(Berdekatan Maybank/Shell Ipoh Parade)