TAIPING - Ingin menikmati hidangan steamboat yang lazat bersama keluarga dan rakan-rakan?

Moh ke LakePark Komer di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di sini sambil santai-santai bersama keluarga atau teman-teman.

Pengurus Jualan BMLR, Muhammad Fauzi Daud berkata, set steambot tersebut antara yang menjadi pilihan pengunjung ke taman tema itu.

Katanya, set hidangan stemboat ini dengan pilihan sup atau tomyam.

"LakePark Komer adalah salah satu restoran di sini yang mana hidangan steambot biasanya dinikmati dalam kumpulan besar atau kecil.

"Kami menawarkan aneka Steamboat & Grill dengan harga RM30 bagi dewasa dan RM21 untuk kanak-kanak sahaja," ujarnya.

Bagi pilihan bahan-bahannya pula seperti ayam, daging, pelbagai jenis makanan laut, tauhu telur, sayur-sayuran, mi, isi ketam dan sosej.

Pastinya pelanggan akan merasa puas kerana set hidangan stemboat ini sangat berbaloi dengan harga.

Untuk tempahan bolehlah menghubungi talian 05- 8908888 selain pertanyaan.