Bagi mereka yang mendambakan nostalgia berbuka puasa ala kampung dengan suasana tenang dan mendamaikan, apa kata anda kunjungi The Lodge, Travelodge Ipoh.

Pelbagai hidangan penuh menyelerakan diiringi suasana hormoni bercirikan Melayu dengan hidangan bufet resepi lama kampung yang di susun rapi oleh chef berpengalaman. 

Sebanyak 140 menu dari tiga kumpulan menu berbeza setiap hari semestinya memenuhi citarasa anda sekeluarga. Antara menu yang istimewa sepanjang  27 Mac 2023 hingga 18 April 2023  ialah Kambing Panggang, Ikan Masak Lemak, Sup Kambing Berempah, Aneka Jeruk, Kerang Sambal Kicap, dan pelbagai lagi untuk dimakan bersama Nasi Briyani atau nasi putih.

Kepada yang suka ulam-ulaman dan aneka kerabu sebagai pembuka selera pastikan mencuba Kerabu Jelly Fish, Kerabu Mangga, Som Tam, Kerabu Kacang botol dan lain-lain lagi. 

Keselesaan dalam menunaikan solat paling diutamakan oleh pihak pengurusan hotel. Ruang surau yang luas dan selesa disediakan kepada pengunjung.

Pihak pengurusan juga memperkenalkan ‘Pakej Bilik Ramadhan’ di mana tetamu boleh menginap dan menjamu selera di The Lodge, Travelodge Ipoh termasuk sahur, penginapan bilik dan Iftar Ramadan. 

Pakej bilik tersedia dari 27 Mac 2023 hingga 18 April 2023. Untuk dua orang sahaja pada harga RM398 bersih termasuk sahur, bilik deluxe dan Iftar Ramadan.

Sementara pakage untuk 4 orang pada harga RM748 bersih termasuk  termasuk sahur, bilik empat rakan dan keluarga serta Iftar Ramadan. 

Bufet iftar berharga RM75 bersih untuk dewasa dan RM52.50 bersih untuk kanak-kanak dan warga emas. 

Untuk tempahan Pakej Bilik Ramadhan hubungi, +605 242 8888 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Untuk promosi Iftar Ramadan korporat – 10pax percuma 1pax,  hubungi 012 9854 829 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - Peraktastic-