Daging Salai Harimau Menangis, menu popular dari negara jiran Thailand sememangnya menjadi juadah berbuka puasa yang istimewa di Hotel Symphony Suites, Ipoh.

Sajian yang hanya ada di Symphony Suites ini merupakan daging panggang bahagian paling lembut yang terletak di belakang tulang lembu.

Daging itu diperap selama lebih satu jam setengah dan di salai dalam tempoh yang dihadkan bagi mengekalkan kelembutan dan kemanisannya. Ia dinikmati dengan sos yang diadun sendiri Chef M. Kumaran yang berpengalaman belasan tahun.

Menghidu aroma Nasi Arab bersama ayam goreng berempah dan daging masak masala sememangnya membuatkan anda tidak sabar menanti waktu berbuka.

Begitulah yang ingin digambarkan keistimewaan di antara lebih 200 menu sajian Iftar @ Symphony yang bermula 24 Mac hingga 20 April 2023.

Selain berkonsepkan sajian ala-kampung, yang paling diutamakan ialah sajian di sini tidak menggunakan bahan perasa seperti MSG.

Sup tulang Merah, satu lagi menu istimewa yang tidak kurang membakar selera anda. Sup daripada gearbox kambing ini sememangnya popular di Singapura juga turut digemari oleh pengunjung di sini walaupun sedikit rasa pedas.

Kemudahan solat di sediakan di tingkat satu yang boleh memuatkan lebih kurang 50 orang untuk satu masa.

Kepada orang ramai yang ingin mengubah selera bolehlah merebut harga tempahan awal RM65.00 sekepala sebelum tarikh akhir 20 Mac 2023.

Harga biasa bagi dewasa RM80.00, warga emas RM60 dan kanak-kanak RM40. Sekiranya tempahan sebanyak 10 kepala akan diberi percuma seorang.

Tempahan boleh dilakukan menerusi Effa (012 900 8538), Ainul (011 37807350), Zulaiha (01112552257), Kafe (012 9002271) dan Hotline (05 3122288). -PERAKTASTIC-