Iftar Ramadan: Sup Tujuh Keturunan dan Asam Pedas Ikan Pari 'Killer Menu' MH Hotel, wajib cuba!
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Makanan Minuman
- Hits: 618
Jika anda merindui masakan air tangan ibunda tetapi tidak berkesempatan pulang ke kampung, MH Hotel adalah tempat terbaik memenuhi citarasa anda.
Selera Warisan Bonda, itulah tema Bufet Ramadan Hotel MH bermula dari 27 Mac hingga 20 April yang masih mengekalkan sajian tradisi masakan tradisi Melayu lama.
Sebanyak 70 jenis menu dihidangkan setiap hari termasuk hidangan utama iaitu Asam Pedas Ikan Pari, Kari Ikan Tenggiri, Ayam Masak Madu, Kambing Varuval dan Daging Lada Hitam.
Pastinya anda menyesal sekiranya terlepas untuk menikmati Sup Tujuh Keturunan sentuhan ajaib Chef Mohd Khamizan Mohamad Jabar yang berpengalaman 17 tahun dalam bidang masakan.
“Menu Sup Tujuh Keturunan ini tercetus daripada cef sewaktu saya berlajar dan diolahkan dengan kreativiti untuk mencipta rasa sehebat namanya.
“Bagi mempelbagaikan lagi citarasa dan selera pengunjung, kami turut menyediakan beberapa gerai makan yang menghidangkan kambing bakar, pelbagai kuih-muih tradisional dan beberapa jenis kerabu (salad).
“Saya turut mengetengahkan masakan Cina dan India seperti Cili Kering Ayam dan Kambing Varuval,” katanya.
Harga promosi untuk dewasa ialah RM78.00 sekepala, warga emas RM68.00 sekepala dan kanak-kanak RM60.00 sekepala. Harga biasa untuk dewasa ialah RM98.00, warga emas RM88.00 dan kanak-kanak RM80.00.
Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi 05 545 1000, 013 512 2988, 013 523 2288, 019 550 9088 dan 019 452 6688.