Murtabak Pak Wan Sejak 1970an Tetap Popular
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Makanan Minuman
- Hits: 2413
Murtabak Wan Istimewa yang dikenali sejak 50 tahun yang lalu, masih terus mendapat sambutan hangat walaupun di masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung akibat krisis covid 19 melanda sekarang ini.
Perniagaan yang bermula sejak tahun 1970 telah diasaskan Mohd Ansop Mat Tasman,72, yang lebih mesra dipanggil Pak Wan oleh pelanggan-pelanggan sejak sekian lama.
Beliau memulakan perniagaan ditepi jalan bersama anak sulong lelakinya. Namun lewat tahun 1980 perniagaan Pak Wan beralih ke kedai di sekitar stesen keretapi Ipoh. Namun setelah penutupan perniagaan di sekitar stesen keretapi, Pak Wan beralih angin berniaga di gerai medan selera bersebelahan flat Ashby, Ipoh sehinggalah sekarang.
Kini perniagaannya diteruskan bersama anak lelakinya Muhamad Imran Mohd Ansop, 30, yang menurutnya permintaan pelanggan semakin menggalakkan apabila menjelang Ramadan lebih lagi dalam keadaan PKP ini.
Menurtnya beliau terpaksa akur dengan perintah pihak berkuasa Majlis Bandaraya ipoh (MBI) untuk tidak menjalankan perniagaan sepanjang PKP seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri. Sememangnya perintah ini menjejaskan perniagaan dan mengecewakan pelanggan-pelanggan.
“Sememangnya lima tahun yang lalu, kami membuka gerai di tapak bazar ramadan bersebelahan Angsana Mall tetapi tahun ini hanya menjalankan perniagaan di rumah bermual jam 12.00pm hingga 5.00pm berniaga melalui online sahaja.
“Pada hari pertama Ramadan kami menerima pesanan tempahan murtabak diluar jangkaan kami sehinggakan telefon bimbit seorang ‘runner’ kami mengalami kesesakkan akibat pesanan yang terlalu banyak.
“Kami menerima tempahan dari pelanggan hanya melalui whatapps. Kami tidak mendaftar dengan mana-mana aplikasi seperti grapfood dan foodpanda. Setakat ini kami menggunakan khidmat tiga orang runner untuk membuat penghantaran terus ke rumah”,katanya ketika ditemubual melalui talian.
Terdapat tiga jenis murtabak antaranya murtabak ayam RM4.00, murtabak daging RM4.00 dan mutrabak kambing RM5.00. Bagi cas penghantaran pelanggan dikenakan RM3.00 paling minimun dari tempat kami. Namun jika melebihi 10 kilometer akan dikenakan bayaran tambahan RM1.00.
Bagi yang ingin mencuba murtabak warisan sejak 1970an ini bolehlah membuat pesanan melalui talian ke 0175458779 Muhamad Imran atau 0102539703 .