IPOH 5 Mei – Juadah berbuka dari dapur Hotel Casuarina@Meru sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi selain dipuji sebagai antara yang paling enak.

Maka, tidak hairanlah setiap kali Ramadan kehadiran pengunjung untuk iftar di sini sentiasa mendapat sambutan baik.

Bagaimana pun, berikutan penularan wabak Covid-19, majlis berbuka puasa tidak boleh dianjurkan, pun begitu ia tidak menghalang dapur hotel ini daripada beroperasi.

Ini kerana orang ramai masih berpeluang untuk menikmati hidangan daripada air tangan cef Hotel Casuarina@Meru sepanjang Ramadan menerusi pembelian secara pandu lalu, penghantaran atau bungkus.

Untuk itu, sebanyak lapan set hidangan disediakan pada Sajian Ramadan Al-Mubarak ini yang boleh dipilih pelanggan mengikut selera masing-masing.

Ia meliputi empat set kombo manakala empat lagi ialah hidangan individu.

Set kombo A hingga D terdiri daripada pilihan nasi mandi daging, nasi mandi ayam atau nasi tomato berserta lauk pauk termasuk pencuci mulut bagi hidangan untuk empat hingga enam orang atau dua hingga empat orang.

Antara lauk pauknya pula seperti ayam varuval karipoley, daging kari batang pisang, kambing jintan hitam manis, ikan tenggiri lemak belimbing, daging rendang Tok, sotong halia bawang besar serta pilihan bubur pulut merah dan bubur pulut hitam.

Set A dan B pada harga RM129.90 manakala set C dan D pula RM47.90.

Bagi hidangan set kombo A hingga D, pelanggan perlu membuat tempahan sehari lebih awal.

Menu individu pula ialah nasi briyani dan nasi tomato pada harga RM9.90 setiap set.

Bagi membuat tempahan, orang ramai boleh menghubungi menerusi WhatsApp 016-5212 288 atau talian 05-52999 999.