Hotel Excelsior sajikan set hidangan harga berpatutan cuma RM16
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Makanan Minuman
- Hits: 840
IPOH - Bila bercakap tentang hidangan hotel, pasti kita membayangkan menu yang harganya tinggi melangit dan tidak mampu pada orang biasa atau golongan marhaen.
Sebenarnya tidak. Persepsi tersebut boleh dibuang jauh-jauh kerana Hotel Excelsior Ipoh menyediakan hidangan pada harga mampu dengan kualiti hotel.
Pada harga hanya RM16, hotel ini menawarkan 19 hidangan untuk dinikmati pelanggan.
Ia meliputi set makanan Asia, makanan Cina dan barat.
Antaranya Aglio Olio Pasta dengan Chicken Chop, Aglio Olio Pasta dengan Ikan Buttermilk, Classic Chef Burger dan Fried Chicken Chop.
Set hidangan Asia pula seperti variasi asam pedas bersama nasi panas.
Harga ini amat berbaloi dengan keadaan sekarang yang mana umum mengetahui kos kenaikan barang mentah semakin meninggi.
Langkah Hotel Excelsior ini demi untuk membolehkan orang ramai tanpa mengira latar belakang boleh makan dan menikmati hidangan di hotel.
Juruperunding Hotel Excelsior Ipoh, Mariana Abdul Hamid, menu-menu tersebut disediakan oleh cef dan kru dapur yang berpengalaman.
Katanya, walaupun harga yang dikenakan rendah tetapi ia sedikit pun tidak mengubah rasa dan cara penyediaan masakan pula sama.
"Value Set Lunch ini ditawarkan setiap hari bermula pukul 11.30 tengah hari hingga 230 petang di Dulang Coffee House.
"Pelanggan boleh datang menjamu selera di sini
Dengan angka yang berbaloi itu, anda boleh nikmati makanan untuk satu keluarga," ujarnya.
Menurut Mariana lagi, set asam pedas antara yang paling digemari pelanggan seperti asam pedas ikan nyok-nyok, ikan pari, ayam dan daging.
Premis ini amat sesuai untuk keluarga dan mereka yang mahu bersantai dan meluangkan masa yang berharga dengan yang tersayang.
Ini kerana suasana coffee yang luas dan selesa, tenang selain didendangkan dengan irama instrumental. -PERAKTASTIC-