Juadah ayam tepek cili berapi dan daging salai masak lemak sekali menikmatinya pasti ingin mencuba lagi. Begitulah aura menu tradisional melayu yang menggamit perasaan setiap pengunjung di sini.

Rumah Kutai Anjung Berenda pilihan tepat bagi yang merindui suasana kampung halaman, apatah lagi yang rindukan masakan air tangan ibunda.

Restoran Labu Sayong Signature, Bandar Meru Raya, kini kembali menawarkan pakage promosi yang berbaloi dengan nilai wang anda. Harga RM45.00 untuk dua orang dewasa menikmati set makan malam.

Selain dari dua hidangan utama tadi anda juga dihidangkan 'fillet ikan masak masam manis' dan 'sayur campur goreng udang geragau' bersama nasi putih panas.

Selepas itu dihidangkan pula pencuci mulut 'sago gula melaka' bersama sirap selasih.

Anda tidak perlu meragui kawalan Prosedur Operasi Standard SOP di restoran ini. Kebersihan dan SOP sentiasa diutamakan bagi memasti keselesaan pegunjung dan keselamatan dari pendamik Covid-19.

Bersantailah di sini pasti membangkitkan nostalgia desa anda bersama keluarga. Waktu operasi selasa hingga jumaat 5pm -11pm sabtu dan ahad 5pm-12am. Isnin tutup.