Roti Tumbuk Lesung Batu! - Satay Puyuh - Kopi Putar..emmm!!
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Makanan Minuman
- Hits: 1244
Nostalgial!!! Biskut lutut ditumbuk, gaul kelapa parut dan campur gula perang..hidangan minum petang bersama kopi kampung ‘O’ panas dinikmati di atas serambi berhadapan sawah!
Memori terindah itu tercipta di zaman kanak-kanak kembali menerjah takala berada di kafe Dulang Tea House, taman tema keluarga, Lost World Of Tambun, Ipoh, Perak.
Hidangan minum petang di bawah gua batu kapur berkonsepkan ‘Tin Mining” tidak seharusnya dilepas jika berkunjung ke sini.
Pengalaman menyediakan ‘Roti Tumbuk’mengunakan lesung batu dicampur bersama gula merah serta kelapa parut membuka peluang untuk generasi baru merasai kemanisan di zaman nenek moyang dizaman sebelum merdeka.
Pakage minum petang yang bermula dari RM4.17 hingga RM17 bukanlah harga yang tinggi jika dibandingkan dengan suasana unik yang dikelilingi kehijauan lanskap. Di sini sebenarnya anda berada di antara kawasan ‘geopark gua batu kapur’ yang tercantik di bandaraya Ipoh.
Bukan sekadar roti tumbuk, seharusnya menu roti bakar disapu peanut butter dan juga roti goyang bersama telur ayam kampung separuh masak harus dicuba bersama teh tarik atau hot chocolate.
Menu lain yang popular termasuklah roti bakar bersama kari ayam kampung. Juga jangan terlupa jika mahu sejukkan badan cubalah pula minuman roasted rice tea yang hanya terdapat di sini sahaja!
Satu lagi menu yang unik harus dicuba iaitu pakage Merdeka Delight. Apa yang menarik ialah pakage ini dihidangkan didalam bekas tingkat yang popular di era 60an. Di dalam bekas tingkat itu diisi dengan ibu kayu rebus, bubur ubi kayu dan tiga jenis menu iaitu sambal tunis, ikan masin goreng dan kelapa parut bersama gula perang untuk dimakan bersama ubi kayu rebus.
Bersempena perayaan krismas dan tahun baru satu pakage istimewa untuk anda cuba iaitu satay puyuh (Quail Satay with Condiment) dan kopi putar (3 Layer Whisk Cofee).
Untuk menyediakan kopi putar ini anda akan diajar bagaimana teknik menyediakannya sendiri. Paling menarik bagaimana membuat kopi ini mempunyai lapisan dan buih yang menerujakan. Citarasa kopi ini sememangnya sedap bersama aroma kopi yang segar. Pekage menarik dipanjangkan sehingga akhir cuti sekolah.
Menurut Pengurus Besar LWOT Nurul Nurzairi Mohd Azahari menjelaskan kafe ini sengaja dibangunkan di bawah gua batu kapur untuk membawa suasana persekitaran sebenar sewaktu pekerja-pekerja pelombong bijih timah menikmati waktu santai mereka.
Selain menikmati juadah minuman petang, pengunjung juga berpeluang merasai sendiri pengalaman mendulang di Tin Valley yang terletak berdekatan kafe.
Mempunyai ruang pameran Galleria di bahagian tengah kafe. Ia menghimpun koleksi peralatan mendulang bijih timah tradisional tahun 1906 sekitar Lembah Kinta.
Dibuka setiap hari kecuali Selasa mulai jam 12 tengah hari hingga 6 petang.