Jika  mahukan suasana meriah berbuka puasa, pilihan yang tepat ialah Hotel Impiana yang sentiasa membawa kelainan di setiap tahun. 

Kali ini Hotel Impiana membawa konsep Iftar Nostalgia yang menghidangkan pelbagai variasi hidangan istimewa berasaskan kampung.

Seperti permis-permis perniagaan yang lain, Hotel Impiana mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) mengikuti ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) malah semua petugas bahagian hadapannya sentiasa membuat pantauan bagi memastikan semua pengunjung mematuhi SOP yang ditetapkan. Hanya seramai 250 orang dihadkan dalam satu masa.

Kepada yang ingin memulakan berbuka puasa secara sederhana, pastinya akan mencuba pelbagai jenis kuih muih tradisonal Melayu yang lazat dan yang penting kurang manis. Tidak dilupakan Cucur Udang Rangup panas dimakan bersama sos cili sungguh menyelerakan.

Satu kerugian sekiranya tidak mencuba lemang bersama Rendang Ayam, Rendang Tok  dan Serunding Daging. Inilah keistimewaan Hotel Impiana sejak dahulu yang tetap mengekalkan citarasa warisan Melayu lama. 

Aroma Nasi Mandy Timur Tengah, Nasi Minyak Kismis dan Nasi Briani sudah cukup mencuri selera anda.  Kambing Bakar Air Asam Jawa, Gulai Kawah seperti Kari Kepala Ikan Merah Penang dan Ikan Bawal Asam Pedas Melaka sememangnya menyingkap nostalgia perantau yang tidak dapat pulang ke kampung kerana halangan rentasan negeri. 

Sebanyak 100 jenis makanan dan minuman selain menu utama disediakan sepanjang buffet Iftar Nostalgia ini. Namun kali ini paling menarik ialah Dodol Impiana turut dikacau panas dalam kawah. 

Hotel Impiana memberi potongan harga sebanyak 25% bermula 15 hingga 18 April 2021 dari harga asal RM78.00 dewasa dan RM58.00 kanak-kanak 5-12 tahun (bawah 5 tahun percuma) dan warga emas 60 tahun ke atas. 

Bermula 19-12 May 2021 pula setiap tempahan seramai sembilan orang akan diberi percuma seorang. Pemegang kad HSBC juga berpeluang menikmati potongan harga 10% bermula 19 April ini.

Hotel Impiana juga menyediakan perkhidmatan Jom Bungkus Pesan dan Ambil. Pesanan haruslah dilakukan sehari sebelum dan waktu pengambilan pesanan ialah jam 4.00-7.00 petang.

Semua tempahan buffet iftar dan pesanan boleh dibuat melalui whatApps 010 356 5515 atau 05-255 5555 sambungan 8009. 

elamat berbuka puasa di Hotel Impiana. Kumpulan Arjuna Desa menanti anda dengan alunan muzik dan lagu-lagu tradisional yang menggamit memori!