Selera Kampung Tradisi Perak – Hotel Tower Regency & Apartments Ipoh
- Details
- Makanan Minuman
- Hits: 1279
IPOH – Setiap kali Ramadan, pasti kita rindu dengan masakan kampung, tambahan pula larangan merentas negeri akibat pandemik Covid-19 membuatkan kita tercari-cari di mana lokasi yang menghidangkan makanan ala-ala kampung untuk berbuka puasa.
Jangan gusar. Hotel Tower Regency and Apartments Ipoh menyajikan keunikan pelbagai bufet berbuka puasa bertemakan Selera Kampung Tradisi Perak bermula dari 16 April sehingga 12 Mei ini.
Terdapat lebih 101 menu disediakan termasuk hidangan utama, pembuka selera, pencuci mulut dan minuman.
Antara makanan tradisi Perak yang perlu dicuba adalah Kerabu Cendawan Sisir, Gulai Tempoyak Ikan Kembong, Rendang Tok, Ayam Masak Rose, Udang Masak Lemak, Pajeri Terung dan Acar Buah.
Selain menu tersebut, turut disediakan gerai-gerai kecil di tepi kolam renang yang menyediakan makanan bergoreng dan bakar seperti mee goreng dan kambing golek.
Harga bufet ditawarkan amat berpatutan, berbaloi dan yang pastinya halal. Malah, setiap hari ada kelainan dari segi menu makanan untuk kepuasan pelanggan.
Chef Eksekutif, Mohd Kamarulzaman Md Rodi atau lebih mesra dengan panggilan Chef Ayub adalah yang mempunyai pengalaman di Arab Saudi bertanggungjawab untuk menyediakan hidangan bufet tersebut.
Beliau bersama tujuh pembantu masakan yang lain mengambil masa kira-kira enam jam untuk menyediakan hidangan bufet itu sebelum dihidangkan kepada pelanggan.
Menurutnya, bufet yang disediakan juga terdapat elemen masakan daripada kaum lain yang bercirikan muhibah ala kampung.
Harga yang ditawarkan untuk bufet Ramadan ini adalah RM55 (seorang) untuk dewasa manakala RM40 (seorang) untuk kanak-kanak/warga emas
Bagaimanapun, bagi pelanggan yang membuat tempahan awal, mereka boleh menikmati harga promosi RM49 (seorang) untuk dewasa dan RM35 (seorang) untuk kanak-kanak/warga emas.
Untuk membuat tempahan sila hubungi talian 05-208 6888.
Bufet Ramadan ini diadakan di Café@6/Poolside yang berada di tingkat enam manakala kemudahan surau untuk lelaki dan wanita turut disediakan di tingkat 10 hotel berkenaan.
Bagi mereka yang ingin menempah bilik di hotel ini, terdapat pakej promosi bilik Ramadan yang menawarkan harga serendah RM120.