Tak perlu ke Melaka, Asam Pedas Ikan Pari antara menu istimewa iftar di Hotel MH Ipoh
- Details
- Makanan Minuman
- Hits: 1257
IPOH - Teringin menikmati menu Asam Pedas Ikan Pari yang enak seperti di Melaka sewaktu berbuka puasa?
Tidak perlu sampai ke Melaka, kerana Hotel MH Ipoh ada menyajikan masakan istimewa itu di dalam menu bufet Ramadan yang bertemakan 'Ramadan Kareem Lambaian Desa' bermula dari 16 April sehingga 12 Mei ini.
Masakan Asam Pedas Ikan Pari itu menggunakan rempah daripada Melaka, selain udang kering, cili kering, belacan, asam jawa dan ikan pari yang dibekalkan segar setiap hari.
Sous Chef, Mohd Khamizan Mohamad Jaafar, 35, berkata, dia mengambil masa kira-kira dua jam untuk menyiapkan masakan tersebut.
Menurutnya, terdapat 11 hidangan utama akan disajikan dan setiap hari akan ada kelainan dari segi menu makanan untuk kepuasan pelanggan.
"Antara hidangan utama yang perlu dicuba termasuklah, Masak Lemak Nangka Ikan Masin, Ayam Masak Merah, Sup Tulang 7 Keturunan, Gulai Kambing, Ayam Goreng Berempah dan Kambing Bakar.
"Terdapat lebih 60 menu disediakan termasuk hidangan utama, pembuka selera, pencuci mulut dan minuman," katanya yang mempunyai 16 tahun pengalaman dalam bidang kulinari.
Bagi mereka yang menggemarkan pencuci mulut, bufet ini turut menyediakan ais krim potong dengan pelbagai perisa iaitu kelapa, coklat, kacang merah dan jagung.
Pelanggan digalakkan untuk membuat tempahan awal untuk mendapatkan harga diskaun (Early Bird) yang ditawarkan sehingga 1 Mei ini.
Harga yang ditawarkan bagi tempahan 'Early Bird' adalah RM49.90 (seorang) untuk dewasa manakala RM39.90 (seorang) untuk kanak-kanak/warga emas.
Bufet Ramadan ini diadakan di tingkat lima Grand Ballroom yang boleh menempatkan 250 orang pada satu-satu masa manakala kemudahan surau untuk lelaki (tingkat enam) dan wanita (tingkat dua dan enam) turut disediakan.
Untuk mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa tertutup secara berkumpulan (40 hingga 60 orang), pihak hotel menyediakan ruangan khas di The Pinnacle yang terletak di tingkat 20 hotel berkenaan.
Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut atau ingin membuat tempahan sila hubungi 05-545 1000/ 019-550 9088/ 013-512 2988/ 019-452 6688 atau emel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..