Yob, Yong, ‘Jom Berbuka’ di Hotel Excelsior
- Details
- Makanan Minuman
- Hits: 1035
IPOH – ‘Jom Berbuka’ adalah tema paling ringkas dan tepat untuk menggambarkan pakej bufet Ramadan yang ditawarkan Hotel Excelsior sepanjang bulan mulia ini.
Hotel yang beralamat di No. 43, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30300, Ipoh ini menyediakan pakej bufet meliputi 60 menu pelbagai jenis iaitu pembuka selera, hidangan utama, makanan panggang, pencuci mulut dan aneka minuman yang berakhir pada 10 Mei ini.
Bagi pembuka selera, terdapat pelbagai jenis Kerabu dan Jeruk, Ulam-Ulaman, Bubur Lambuk dan Rojak Buah-Buahan.
Chef Azman Rizal Azizi, 52, yang bertanggungjawab dalam mengendalikan bufet tersebut berkata, kali ini terdapat empat jenis hidangan utama yang disajikan.
“Hidangan utama yang disajikan dalam bufet ini adalah menu Masakan Tradisional Melayu, Masakan Cina, Masakan Barat dan Hidangan Nusantara Indonesia.
“Signature Dish yang bakal memikat selera pelanggan termasuklah, Rendang Tok, Ikan Keli Salai Masak Lemak, Ayam Percik Kelantan, Spaghetti Bolognese dan Nasi Ayam Ala Cina,” jelas Chef yang mempunyai pengalaman selama 35 tahun dalam bidang kulinari itu.
Pencuci mulut yang disediakan termasuklah aneka kuih muih moden dan tradisional, puding, kek dan pelbagai jenis buah-buahan segar.
Harga yang ditawarkan untuk bufet Ramadan ini adalah RM58 untuk dewasa, RM45 bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas dan RM35 untuk kanak-kanak berumur antara enam hingga 12 tahun.
Lokasi bufet Ramadan ini bergantung kepada jumlah tempahan yang diterima. Jika tempahan di bawah 80 orang (pada hari biasa) ia akan diadakan di Dulang Coffee House yang berada di tingkat bawah hotel berkenaan.
Bagaimanapun, untuk tempahan antara 150 hingga 250 orang (pada hari minggu) ia akan diadakan di Ballroom yang terletak di tingkat 13A.
Kemudahan surau untuk lelaki dan wanita turut disediakan di Bilik Opal tingkat bawah hotel ini.
Sebarang pertanyaan lanjut atau ingin membuat tempahan sila hubungi 05-253 6666 samb. 8550.