Santai eksklusif tetapi berpatutan!
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Makanan Minuman
- Hits: 1177
Di tengah kemelut pandemik Covid-19 ini, pastinya ramai yang tercari-cari di manakah tempat bersantai dan menjamu selera yang selesa dan terjamin keselamatan.
Fairway Restoran dan Greens Bistro terletak di Kelab Golf DiRaja Perak (RPGC), Jalan Sultan Azlan Shah adalah pilihan yang tepat dan sedia menerima pengunjung dengan sajian makanan setaraf hotel lima bintang.
Sebelum ini, ramai yang beranggapan RPGC merupakan lokasi untuk keahlian atau ‘orang-orang kayangan’ sahaja namun sebenarnya ia terbuka kepada umum.
Apa yang menarik perhatian, harga setiap menu ala carte adalah diluar jangkaan dan mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.
Ketua Chef, Mohd Khairul Azhar Nordin, 35, atau lebih dikenali sebagai Chef Azhar Nordin berkata Fairway Restoran di tingkat satu menyediakan 39 menu dan Greens Bistro di bahagian bawah menyediakan 20 menu untuk pilihan pengunjung.
“Fairway Restoran mengetengahkan keaslian citarasa masakan Cina dan kombinasi citarasa tradisonal Melayu (fusion food). Antara menu yang mendapat permintaan tinggi ialah Dry Salted Egg Mantis Prawn (RM13.90), Nasi Goreng Senandung (RM13.90), Wanton Sang Mien (RM17.90) , Salsa Beef Burger (RM18.90), Crater Meat Ball (RM13.90), Spicy Korean Chicken Wing (RM15.90) dan Chocolate Lava Cake (RM10.90).
“Greens Bistro yang berkonsepkan kopitiam juga tidak kurang hebatnya dengan menu utamanya seperti Roasted Chicken (RM19.00), Famous Nasi Lemak (RM6.50) dan Briyani Rice (RM23.00).
“Setiap bulan kami turut mengadakan permosi berterusan dengan menu-menu yang bebeza bagi memenuhi dan menepati selera pengunjung berbilang bangsa,” katanya yang berpengalaman di bidang masakan lebih 15 tahun dan pernah merangkul Gold Arward dalam pertandingan Culinairi Malaysia 2015 bagi kelas Masakan Melayu Etnik serta Silver Arward bagi kelas Masakan Warisan Nyonya.
Menurut Azhar lagi, pihak pengurusan RPGC sentiasa mengutamakan Standard Operating Procedures (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kememterian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan keselamatan kakitangan dan pengunjung sebagai langkah pencegahan pandemik Covid-19.
“Kesemua kakitangan kami telah menerima dua dos vaksinasi seperti yang telah disyaratkan begitu juga kami akan memastikan para pengunjung mempamirkan sijil vaksinasi sebelum memasuki permis kami.
“Jumlah pengunjung di Fairway Restoran kami hadkan mengikut SOP seramai 100 orang yang sebelum ini boleh memuatkan seramai 200 orang. Sementara di Greens Bistro kami hadkan kepada 50 orang sahaja. Waktu beroperasi kami ialah bemula 11.00 pagi hingga 10.00 petang.
“Di sinilah pilihan tepat untuk anda beriadah sambil menikmati pelbagai sajian yang sememangnya memenuhi citarasa disamping harga yang membuat anda tersenyum dan akan kembali semula,” ujarnya.