‘Akekchep’ tarikan baharu di Royal Belum
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 1520
Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) kini memperkenalkan satu lagi produk pelancongan iaitu ‘Akekchep’ yang dikelolakan oleh penduduk Kampung Orang Asli Sungai Tiang.
Akekchep adalah antara inisiatif berterusan PTNP dalam usaha mempermantapkan pemulihara hutan semula jadi dan populasi ikan yang hidup bebas di sungai.
‘Akekchep’ membawa maksud ‘Dilarang /Jangan Tangkap’ dalam bahasa Orang Asli Jahai. Keunikan dan keserasian nama itu, menjadi satu lagi tarikan pelancong untuk berkunjung ke destinasi eko pelancongan yang berusia jutaan tahun ini.
PTNP akan sentiasa memantau segala aktiviti melibatkan tangkapan ikan adalah dilarang, namun pengunjung masih boleh menikmati santuari ikan dan memberi makanan kepada ikan-ikan di kawasan ini.
Selain pengalaman melihat ribuan ikan air tawar, pelbagai aktiviti dilansungkan antaranya merentas hutan (jungle trekking), menaiki bot, memberi ikan makan, berakit, tubing, lawatan herba, demontrasi ikhtiar hidup masyarakat Jahai dan menyumpit.
Terdapat tiga pakej menjadi pilihan pengunjung antaranya, pakej pertama bernilai RM900.00 untuk empat orang bermula dari Jeti Banding . Pakej ini termasuklah pemandu pelancong, permit, bot besar, bot galah, merentas hutan, memberi makanan ikan, sumpit dan tubing/rakit.
Pakej kedua yang juga dari Jeti Banding melibatkan lima hingga lapan orang, Bayaran dikenakan sebanyak RM1400.00 termasuk pemandu pelancong, permit, bot besar, bot galah, merentas hutan, memberi makanan ikan, sumpit dan tubing/rakit.
Pakej ketiga dari Pontoon melibatkan empat orang, bayaran RM500.00 termasuk pemandu pelancong, bot galah, merentas hutan, memberi makanan ikan, sumpit dan tubing/rakit.
Kepada yang berminat bolehlah menghubungi 019 855 2132 (Hadi), 019 207 1910 (Jefri) dan 013 382 0940 (Khairul).
Anda juga boleh melayari laman sosial rasmi Akekchep Facebook : Koast Akekchep dan Instagram : akekchep_koast.
Hutan DiRaja Royal Belum, selain dari keunikan dan keindahan flora dan faunanya, ia merupakan permata hati negeri Perak yang terkenal seantero dunia kerana kekayaan sumber diodiversitinya yang tidak ternilai.
Pengalaman bercuti di Akekchep sebenarnya tidak ternilai dengan wang ringgit anda!