Syurga Rama-Rama di Entopia
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 710
Rama-rama atau kupu-kupu, dua nama yang sama. Ia adalah salah satu makluk yang membawa simbol kebebasan dan kedamaian.
Berkunjung ke Taman Rama-Rama Entopia, Teluk Bahang, Pulang Pinang membawa seribu kebahagiaan khususnya kepada kanak-kanak yang sememangnya berkeinginan bermanja dengan haiwan bermetamorfosis ini.
Dahulunya Entopia diberi gelaran Taman Rama-Rama Pulau Pinang, namun ia telah ditukar dengan gabungan Entomologi merupakan pengkhususan saintifik atau cabang ilmu pengajian dan penyelidikan serangga. Manakala Utopia merupakan sebuah konsep rekaan yang menggambarkan suatu dunia khayalan ibarat berada di syurga.
Di sini pengunjung dikelilingi keindahan alam semuajadi dan dapat menyelami lebih dekat habitat 150 spesis fauna dan lebih 200 spesies flora.
Entopia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Natureland dan The Cocoon yang menawarkan pelbagai pengalaman yang belum dirasai.
Melewati Natureland, merupakan kawasan vivarium taman hidup yang menempatkan hampir ribuan ekor rama-rama dari 50 spisis rama-rama tropika sangat menerujakan. Di sinilah sesekali rama-rama hinggap menyapa tubuh anda.
The Cocoon pula merupakan ruang pameran dua tingkat yang mempamerkan infomasi berilmiah tentang dunia serangga dan invertebrata.
Selain mendalami dunia serangga dan invertebrata, pengunjung juga boleh meneroka misteri hutan dan bermain permainan interaktif di stesen-stesen pendidikan yang reka bentuk menarik dan kreatif,
Beroperasi setiap hari kecuali Rabu dari Jam 9.00pagi hingga 6.00petang, namun waktu akhir untuk masuk ialah pukul 5.00 petang.
Tiket pula boleh didapati di kaunter atau dibeli secara atas talian di laman sesawang, www.entopia.com dan harga seperti berikut:
Untuk warganegara, dewasa RM59.00 (13 tahun – 59 tahun), kanak-kanak RM39.00 (4 tahun – 12 tahun) dan warga emas RM39.00 (60 ke atas).
Bukan warganegara pula dewasa RM75.00 (13 tahun – 59 tahun), kanak-kanak RM55.00 (4 tahun – 12 tahun) dan warga emas RM55.00 (60 ke atas).
-PERAKTASTIC-