The Haven Resort: Ibarat Syurga di Tengah Belantara!
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 717
The Haven Resort Hotel Ipoh All Suites, ibarat syurga di tengah hutan belantara. Begitulah ungkapan yang mampu diluahkan oleh sesiapa sahaja yang berpeluang bercuti di sini.
The Haven, satu-satunya lokasi percutian yang mampu memenuhi desakan naluri yang dahagakan ketenangan dan kedamaian jiwa. Terletak di Tambun lebih kurang 20 minit dari bandaraya Ipoh.
Ia merupakan sebuah hotel bertaraf resort mewah lima bintang yang dikelilingi bukit batu kapur disulami panorama menghijau bersama tasik semula jadi.
The Haven Ipoh terbahagi kepada tiga buah bangunan dan setiap bangunan diberikan nama berdasarkan kepada pokok iaitu Acacia, Banyan & Cycas. Lobi hotel ini terletak di bangunan Banyan.
Kicauan burung dan unggas mengulit deria pendengaran sepanjang bercuti di sini menambah rencah kedamaian disamping ketenangan tasik terbentang luas menambah keunikan senario alam ciptaan Allah yang maha esa.
Permulaan pagi dengan menghirup udara segar dari balkoni bilik jenis lake view suite sambil menyaksikan kehijauan bukit batu kapur berusia jutaan tahun di hadapan mata satu anugerah yang paling bermakna.
Untuk pilihan suite, anda dicadangkan memilih suite yang menghadap tasik dan bukit batu kapur kerana itulah tarikan utama The Haven.
Bayangkan, bertapa indahnya permulaan pagi anda tak kala pandangan mata menyaksikan kabus menyeliputui bukit batu kapur dan sekali sekala sekumpulan burung-burung berterbangan di luar jendela kaca kamar anda!
Namun sekadar menyaksikan kecantikan alam semula jadihanyadari kamar dan balkoni, ianya tidak mencukupi sekiranya tidak dinikmatisecara berjalan kaki atau berjogging mengelilingi lanskap tasik yang dihiasipepohon menghijau dan segar.
Kolam renang Infiniti berbentuk kuda laut, bersebelahan tasik adalah tarikan utama di sini. Kolam yang bersih dan kesegaran airnya diturut mempunyai jacuzzi menambah keselesaan anda bersantai bersama keluarga. Namun, jangan terlupa berswafoto berlatar belakangkan bukit batu kapur yang menjadi mercu tanda The Haven.
Percutian anda tidak lengkap sekiranya tidak mencuba pelbagai menu menarik di Cuisines Restaurant. Seharusnyalah anda tidak terlepas menikmati pelbagai menu bertaraf antarabangsa hasil sentuhan chef berpengalaman dan mahir.
Ketenangan dan kedamaian jiwa yang diperolehi sewaktu percutian di sini pastinya memberi insirasi dan semangat baharu disamping membawa kenangan terindah yang sukar dilupai!
-PERAKTASTIC-