IPOH- Tourism Perak mengumumkan harga promosi bagi kadar baharu pass (tiket) perkhidmatan bas Hop On Hop Off  (HOHO) untuk para pelancong bermula 1 Ogos ini.

Penetapan harga pass ini diputuskan setelah dikaji semula oleh pelbagai pihak dalam usaha menarik minat orang ramai khususnya pelancong luar untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Untuk pass satu hari bagi pemegang Mykad dewasa dikenakan RM11 dan antarabangsa RM21. Kanak-kanak, OKU, warga emas RM6 dan antarbangsa RM16.

Sementara  pass dua hari pula,  bagi pemegang Mykad dewasa dikenakan RM16 dan antarabangsa RM36. Kanak-kanak, OKU, warga emas RM10 dan antarbangsa RM21.

Perkhidmatan bas ini melibatkan tiga buah bas terbuka dan waktu operasinya pada hari Sabtu dan Ahad bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 9.30 malam melibatkan dua kategori laluan iaitu in-circuit dan out-circuit. Sebuah bas akan bergerak di laluan in-circuit  melibatkan 12 hentian.

12 hentian itu ialah Terminal Meru Raya, Taman Rekreasi Gunung Lang, Mahkamah Tinggi Ipoh/Dewan Bandaran Ipoh, Little India, Pekan Lama Ipoh (HSBC), Telekom Malaysia, Gerbang Malam (Jalan Dato’ Tahil Azhar), Ipoh Parade, Gerbang Malam (Hentian Bas di Jalan Sultan Idris Shah), Octagon Shopping Centre, Hotel Majestic dan Masjid Panglima Kinta.

Terdapat perubahan pada laluan in-circuit iaitu hentian di MAPS telah digantikan dengan hentian Taman Rekreasi Gunung Lang yang juga merupakan salah satu tarikan pelancongan di Ipoh.

Manakala dua buah bas lagi akan bergerak di laluan out-circuit yang melibatkan sembilan hentian iaitu Sunway Lost World of Tambun,Pamelo Orchard Farm, Sam Poh Tong, Stesen Bas Bandar Gopeng, Kellie’s Castle, Batu Gajah, Silveritage, Medan Gopeng (akan dijenamakan semula), Masjid Panglima Kinta, Pekan Lama Ipoh (HSBC) dan Terminal Meru Raya.

Perkhimatan semula bas HOHO ini telah dipastikan mematuhi standard operating procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Keterangan lanjut berkenaan maklumat dan tempahan tiket bolehlah melayari laman web Tourism http://www.tourismperakmalaysia.com/content/BX/perak-hop-on-hop-off-bus.