2019 Perak Paling Ramai Terima Pelancong
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 816
IPOH- Negeri Perak menerima sebanyak 10.1juta pelancong domestik dengan peningkatan sebanyak 33.83% bagi tahun 2019.
KetuaEksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa berkata statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun tersebut meletakkan sektor pelancongan negeri Perak di tempat pertama antara negeri lain.
“Perak sememangnya sebuah negeri yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan budaya. Ianya terkenal dengan kepelbagaian produk pelancongan yang mampu menaikkan ekonomi negeri.
“Kita sedia maklum sektor pelancongan adalah sektor yang paling terkesan akibat penularan pendemik wabak Covid-19. Kesan ini amat dirasai oleh pengusaha-pengusaha pelancongan. Namun dalam tempoh sebegini ada baiknya kita mencari solusi untuk memeriahkan semula sektor pelancongan selaras dengan norma-norma baru”, katanya ketika ditemubual selepas Majlis pembukaan sesi ‘Business Macthing’ (B2B) anjuran Matta Perak Chapter bersama Matta Kedah/Perlis Chapter kelmarin di Taman Tema Air Lost World of Tambun.
Program anjuran Matta Perak Chapter bersama Matta Kedah dan Perlis Chapter melibatkan seramai 30 orang pengusaha-pengusaha produk pelancongan, hotel-hotel dan agensi-agensi pelancongan di seluruh negeri Perak,Kedah dan Perlis.
Menurut Normalis, sesi business matching (b2b) itu memberi manfaat yang besar bagi mengukuhkan lagi jaringan kerjasama dan hubungan yang lebih erat di antara 2 buah negeri dalam sektor pelancongan.
“Melalui program ini kita harap akan menemui jalan terbaik untuk mengembalikan semula kepercayaan orang ramai untuk kembali melancong.
Saya percaya kunjungan peserta dari Kedah dan Perlis ini akan dapat membantu mempromosikan produk pelancongan negeri Perak dan begitu juga sebaliknya,” katanya.