IPOH, 26 Dec- Lebih 800 ekor dari 100 spesis haiwan akan memenuhi Petting Zoo di Gunung Lang yang dibuka kepada orang ramai hari ini.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’, Rumaizi Baharin@ Md. Daud berkata kerjasama antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan Pavilion Zoo, Chepor, akan menambahkan lagi tarikan taman reakreasi Gunung Lang yang sememangnya terkenal di bandaraya Ipoh.

“Kawasan Petting Zoo seluas empat ekar setengah ini menjadi tarikan baharu untuk riadah bersama keluarga. Bagi permulaan fasa pertama ini sebanyak 25 spisis haiwan dipamerkan. Kemasukkan haiwan-haiwan secara berperingkat akan dilakukan sehinggalah ke Januari 2021 dan jumlah spesis haiwan mencecah kepada 100 spesis.

“MBI juga dalam proses membangunkan projek Rose Garden, urban farming (bersama SADC) dan projek extreme park di Gunung Masoorat.

“Pembangunan kesemua projek-projek ini dapat membantu pengusaha-pengusaha produk meningkatkan ekonomi setempat sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada warga bandaraya Ipoh”, katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Soft Launch Petting Zoo, Gunung Lang disini, hari ini. 

Petting Zoo dibuka bermula hari ini pada setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Tiket masuk untuk dewasa dan kanak ialah RM6.00. Kanak-kanak bawah dua tahun percuma. Bukan warga negara RM10.00.

Sementara itu Ketua Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa berkata dengan wujudnya Petting Zoo baharu ini, menjadi tarikan utama pelancongan ke bandaraya Ipoh.

“Ini adalah satu pendekaan serta tarikan baharu dalam industri pelancongan di Perak. Kini bandaraya Ipoh mempunyai dua Petting Zoo iaitu Gunung Lang dan di Lost World Of Tambun.

“Inilah masa terbaik dan selamat untuk orang ramai membawa keluarga bercuti kerana kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) dan saya berharap PKPB ianya akan berakhir dipenghujung bulan ini seterusnya merancakkan semula aktiviti pelancongan di negeri ini”, katanya.

Pengarah Urusan Pavilion Zoo, Mohd Syariff Yahaya, 40, berkata Petting Zoo ini akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat termasuk mengindahkan persekitaran kawasan Petting Zoo.

“Tarikan utama di Petting Zoon ini ialah Kambing Vairal sebanyak 35 ekor dan biri-biri bernama Dolly Molly yang sangat jinak dan manja.

“Selain itu, pengunjung berpeluang bermesra bersama binatang-binatang peliharaan yang kesemuanya jinak dan tidak membahayakan termasuklah beberapa spisis ular, arnab, kuda pony dan pelbagai lagi”, katanya.