Lost World of Tambun Ditutup Sepanjang PKPB
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 653
Ipoh- Sorotan pengumuman pihak kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak Sunway Lost World Of Tambun (LWOT) telah memutuskan untuk menutup sementara taman tema bermula pada 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.
Tindakan ini dibuat setelah mengambil kira kepentingan kesihatan awam dan menyekat penularan wabak COVID-19.
Sebagai langkah pencegahan dalam mengawal wabak COVID-19, pihak LWOT akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa dengan melakukan disinfektasi di semua ruangan kunjungan pengunjung.
Sehubungan itu, pihak LWOT akan membantu pengunjung-pengunjung untuk memanjangkan tempoh tamat tiket ke taman tema yang telah dibeli, tempahan di Lost World Hotel dan Malayana Floating Villa melalui saluran pembelian asal, untuk maklumat lanjut dan garis panduan sila rujuk di laman web Lost World of Tambun
di https://