ITIC rasmi dibuka hari ini
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 912
IPOH- Pusat Penerangan Pelancongan (ITIC) yang dinaik taraf sejak 10 Febuari 2020 kini siap sepenuhnya dan memulakan operasinya hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata ITIC merupakan sebuah pusat informasi yang memainkan peranan penting kepada industri pelancongan negeri Perak.
“Setelah melalui fasa naik taraf dengan reka bentuk yang lebih moden ITIC kini bersedia menerima kunjugan orang ramai terutama pelancong-pelancong luar bagi mendapatkan pelbagai maklumat pelancongan mutakhir bandaraya Ipoh dan seluruh negeri Perak.
“Di sini juga pengunjung dapat menambah pengetahuan berkaitan jaluran Geogpark Lembah Kinta. Sebanyak 18 info Geotapak dipamerkan termasuk juga fakta-fatkta sejarah bandaraya Ipoh.
“Pengunjung juga boleh memiliki risalah-risalah tentang tempat-tempat menarik seluruh daerah Perak dan melihat peta lakar keseluruhan bandaraya Ipoh dalam skla besar”, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pusat Penerangan Pelancongan, disini, hari ini.
Hadir sama Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin@Md. Daud, Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa dan Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Perak, Dato’ Mohammad Odzman Abdul Kadir.
ITIC dibuka pada setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Sementara itu, Nolee juga melawat pameran lukisan di dewan kuliah bersebelahan ITIC. Pamera ini anjuran Persatuan Informasi Pelancongan Dan Kesihatan Negeri Perak dengan mengenengahkan karya Tok Anjang atau nama sebenarnya Ammiruddin Haji Mohd Daud.
Sebanyak 35 buah karya lukisan yang mengadaptasikan bangunan-bangunan warisan di bandaraya Ipoh. Lukisan-lukisan ini juga dijual diantara RM100 hingga RM500 dan 5% dari harga jualan akan didermakan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna) untuk pesakit-pesakit kanser.