Perak- Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak akan menganjurkan satu acara sukan pelancongan berkonsepkan online data dashboard iaitu Perak Chinese New Year Virtual run 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata program anjuran bersama dengan kelab Orienteering Malaysia  ini akan diadakan sepanjang bulan Februari bermula pada 1 hingga 28 Februari 2021 ini.

“Acara ini antara salah satu usaha kerajaan negeri dalam memastikan kelangsungan sektor pelancongan Perak dan Malaysia amnya selepas seluruh dunia terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

“Jarak larian sejauh 5km dan 10km di 12 lokasi pelancongan di setiap daerah dalam negeri Perak. Acara ini juga dikenakan yuran penyertaan mengikut 12 jenis pakage yang telah ditetapkan.

“Pemilihan lokasi-lokasi menarik dan terkenal ini dilihat dapat menarik lebih ramai peserta untuk bersama-sama menyertai acara sukan pelancongan yang dianjurkan buat kali kedua ini “, katanya di sidang media Perak Chinese New Year Virtual Run 2021 yang berlangsung secara maya, hari ini.

Hadir sama dalam sidang media maya itu ialah Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa. 

Lokasi-lokasi pelancongan yang terpilih adalah Taman Dr Seenivasagam, Ipoh, Taman Tasik Taiping, Ujana Muallim dan Taman Tasik Embayu Proton City, Tanjung Malim, Seri Iskandar,  Pekan Gerik, Bukit Chandan, Ban Pecah, Tapah, Bandar Kampar, Taman Rekreasi Kampar, Taman Jepun Kampar, Lumut Waterfront Esplanade Wing, Mangrove Park, Taman Awam Teluk Batik , Menara Condong Teluk Intan, Selekoh, Sg. Sumun dan Persisiran Bund.

Menurut Nolee, beliau menasihatkan orang ramai yang menyertai acara ini seharusnya memastikan SOP yang dibenarkan iaitu dengan had maximum dua orang bagi memastikan keselamatan para peserta terjamin.

“Saya menyeru semua terutamanya orang Perak untuk bersama-sama menyertai acara sukan sihat ini serta mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak virus covid- 19.

“Rekod program larian virtual sebelum ini iaitu Perak Virtual Run dan Geopark Virtual Run masing-masing mencatatkan sebanyak 1,811 dan 623 penyertaan daripada orang ramai seluruh Perak serta Malaysi”, ujarnya.

Untuk syarat dan pendaftaran, orang ramai boleh dilakukan melalui laman sosial Facebook Tourism Perak dan Perak Chinese New Year Virtual Run atau terus ke pautan pendaftaran https://forms.gle/Ws1KQP8RG4bNHFeG8.