- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 857
Kuala Lumpur - Pembukaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan menjadi satu lagi pintu masuk utama pelancong ke negeri Perak.
Ketua Pegawai Eksekutif WCE, Lyndon Alfred Felix berkata WCE turut dijangkakan akan menjadi pemangkin sosio ekonomi serta komuniti bagi kawasan bandar pesisir di Perak.
“Perhubungan lebuhraya yang efisien dan strategik akan menjadikan negeri Perak sebagai sebuah destinasi yang mudah diakses oleh pelancong tempatan dan antarabangsa.
“Terlaksananya, persimpangan Taiping Selatan serta penghujung lebuhraya di Selangor, akan melancarkan perjalanan ke negeri Perak yang kaya dengan destinasi produk pelancogan yang menarik.
“Sempena Tahun Melawat Perak 2024 (TMP2024), WCE bersedia memainkan peranan penting dalam membantu memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan mencipta peluang baru untuk komuniti setempat,” katanya dalam satu kenyataan media.
Lebuhraya Pantai Barat dan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat adalah projek lebuh raya utama di Malaysia sepanjang 233km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping Selatan (Changkat Jering), Perak.
Tambahnya, di Perak WCE melibatkan persimpangan susur keluar terakhir iaitu Taiping Selatan, bersambung secara terus dengan susur keluar persimpangan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Changkat Jering.
“Bermula dari Hutan Melintang, laluan lebuhraya ini akan menelusuri negeri Perak melalui beberapa persimpangan susur keluar iaitu Teluk Intan, Lekir, Sitiawan dan Sitiawan Utara yang menjadi pintu masuk ke Pulau Pangkor.
“Susur keluar Changkat Chermin dan Beruas pula akan menelusuri daerah Perak Tengah seterusnya Trong dan Taiping Selatan.
“WCE adalah komitmen kami untuk meningkatkan dan mempromosi pelancongan negeri Perak disamping memberikan pengalaman perjalanan menarik kepada para pelancong selaras dengan slogan TMP2024 iaitu ‘Promising Perak’, “ katanya. -Peraktastic-
- Details
- Saloma
- Komuniti
- Hits: 600
IPOH: Bukan sekali, tetapi berkali-kali inisiatif dan usaha dipacu bagi menghidupkan kawasan yang dahulunya terkenal dengan hab perkhidmatan bas Medan Gopeng dan kini dinamakan Kompleks Silveritage.
Namanya cukup indah, unik dan segar namun sayangnya bangunan ini seperti tidak berpenghuni, kalau ada pun hanya ada beberapa buah yang kekal beroperasi.
Read more: Sampai bila Kompleks Silveritage akan sepi, lengang?
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 485
IPOH- Warga Ipoh diingatkan supaya tidak melepaskan diskaun sehingga 50 peratus pakej pelancongan domestik sempena Cuti-Cuti Malaysia 2023.
Diskaun hebat itu ditawarkan selama selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Julai 2023 sempena Jerayawara Jom Cuti-Cuti Malaysia (JCCM) 2023 di AEON Mall Kinta City Ipoh.
Read more: Rebut sekarang, diskaun hingga 50% untuk pakej pelancongan domestik
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 519
Kuala Lumpur: Sempena Tahun Melawat Perak 2024 (TMP2024), Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad yakin sasaran 8 juta pelancong domestik dan 325,000 pelancong asing dengan jangkaan nilai resit pelancongan mencecah RM10 bilion bakal terlaksana.
Menurutnya, negeri Perak mencatatkan peningkatan kedatangan pelancong kedua tertinggi dalam negara iaitu seramai 6.9 juta pelancong berbanding hanya 1.35 juta pelancong yang direkodkan pada 2021.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 595
Taiping: Tourism Malaysia, merasmikan satu lagi produk ekopelancongan di Bandar Warisan Taiping yang akan menjadi tumpuan pengunjung menerusi Trail Konservasi Maxwell Basecamp.
Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Dato Dr. Ammar Abd. Ghapar berkata produk berasaskan ekopelancongan ini, mampu memberikan nafas baharu selain menggamit kehadiran pengunjung ke Taiping khususnya di Bukit Larut.
“Trail Konservasi Maxwell Basecamp merupakan satu projek kelestarian yang mengutamakan biodiversiti, pemuliharaan sejarah dan alam semula jadi, pengurangan karbon serta kemampanan alam sekitar.
“Selain Trail Konservasi berinteraktif ia juga merangkumi laluan denai alam semula jadi, Suunto Vertical Segment, galeri, tapak perkhemahan, kafe dan rekreasi luar serta bilik pameran.
“Fasa pertama Trail Konservasi ini adalah sepanjang 220 meter dan apabila siap sepenuhnya akan meliputi jarak kira-kira 2.5 kilometer,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Trail Konservasi Maxwell Basecamp di kaki Bukit Larut, di sini hari ini.
Maxwell BaseCamp adalah satu projek pemuliharaan alam sekitar oleh syarikat Malaysia Mountain Trail Festival Consultant (MMTFC).
MMTFC merupakan sebuah syarikat pengurusan acara sukan antarabangsa berpusat di Taiping. Sebelum ini ia telah menganjurkan program Malaysia Mountain Trail Festival dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perak sejak tahun 2018.
Menurut Ammar lagi, MMTFC telah memulakan projek pembangunan alam sekitar berimpak rendah ini pada Ogos 2022 selepas mendapat kelulusan secara rasmi daripada Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak.
“Fasa pertama projek pembangunan alam sekitar berimpak rendah ini telah menelan kos kira-kira RM650,000.00. - PERAKTASTIC-
“MMTFC telah dianugerahkan geran oleh Thinkcity di bawah Cultural Economy Catalytic Geran pada 10 Ogos 2022 untuk membiayai kos projek ini.
“Maxwell BaseCamp ialah projek mesra alam yang memperjuangkan biodiversiti, pemuliharaan sejarah dan alam semula jadi, karbon rendah, kitar semula, kemampanan, ruang hijau dan tenaga guna semula. Kira-kira 5300 pokok telah ditanam semula di tapak ini sejak November 2022.
“Diharapakan usaha ini akan memberi pendidikan kepada pengunjung tentang flora dan fauna, pemuliharaan alam semula jadi, dan perkara yang berkaitan dengan alam sekitar,” katanya. -PERAKTASTIC-