Galeri Rumah Lat yang dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, merupakan satu penghormatan terbesar kepada kartunis tersohor tanahair, Dato’ Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat.

Monumen ini, mengetengahkan elemen seni bina melayu serta suasana sosial budaya perkampungan yang melatari perjalanan seni ‘Seniman Diraja’ ini.

BATU GAJAH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengumumkan kartunis negara, Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau Lat sebagai Seniman Diraja.

Baginda mengumumkan perkara itu pada perasmian Galeri Rumah Lat di sini hari ini.

 

KUALA KANGSAR: Meriam Padam Pelita berusia lebih 400 tahun di Masjid Kota Lama Kanan, merupakan artifak sejarah yang boleh dijadikan bahan penceritaan  juga produk baharu Jejak Masjid.

Ia bukan sahaja sebuah meriam yang menjadi saksi peristiwa Perang Perak pada tahun 1876, malah dikatakan bunyi tembakannya mampu memadamkan api  pelita penduduk kampung berdekatan.

IPOH: Nostalgia stesen bas di Medan Kidd, di sini sudah sebati bagi penduduk jati Ipoh, malah tidak keterlaluan dikatakan atmosferanya masih sama, seperti tahun 80-an, tidak banyak perubahan.

Di sebalik deretan bas yang ada di bahagian parkir, tersembunyi terowong pejalan kaki yang ada di situ seolah-olah sudah 'terkubur' tanpa jejak.

 

GOPENG: Penemuan kubur lama British dekat Kampung Lalang di sini, menjadi bukti penting bahawa suatu masa dahulu Kota Bharu pernah menjadi pusat pentadbiran daerah Kinta, sebelum dipindahkan ke Batu Gajah.

Kota Bharu merujuk kepada pekan kecil di negeri ini, yang terletak tujuh kilometer dari Gopeng.