- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 998

Ipoh- Pementasan teater Keringat Dabus Tanjung Bidara (KDTB) berjaya mempertabatkan kembali kesenian tradisonal Dabus Perak yang lebih 300 tahun.
Naskah Teater KDTB ini, diadaptasikan daripada kisah sebenar kumpulan Dabus Tanjung Bidara di Kampung Gajah, Perak oleh pengarahnya Ramdan Misnon.
Read more: Teater 'Keringat Dabus Tanjung Bidara' mempertahankan legasi seni Dabus Perak
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1005

Ipoh- Persatuan Usahawan Pelancongan Bumiputera Perak (PPPBP) mendesak kerajaan negeri menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh (LTSAS) yang dianggap kurang berdaya daya saing.
Pengerusinya, Zamari Muhyi berkata tanpa lapangan terbang berteknologi moden dan canggih, usaha untuk menarik pelancong dari luar negara pastinya kurang berkesan dan sukar.
“Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook menyatakan kesediaan untuk melibatkan sektor swasta dalam menaik taraf lapangan terbang yang kurang berdaya saing melalui Perkongsian Awam-Swasta (PPP), termasuk LTSAS, Ipoh. Beberapa syarikat swasta telah mengutarakan minat dan komitmen untuk membuat pelaburan besar.
“PPPBP juga mengalu-alukan inisiatif kerajaan negeri menaik taraf lapangan terbang sedia ada bagi membuka peluang penggiat industri pelancongan tempatan menarik lebih banyak pelancong antarabangsa.
“Kami mengakui pembinaan lapangan terbang baharu tidak semudah itu, namun pendekatan bijak adalah dengan menaik taraf LTSAS yang sedia ada, memberikan wajah baharu tanpa mengorbankan keutuhan struktur asal,” katanya yang juga merangkap Setiausaha Agung Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA).

Beliau menambah, kemampuan sebuah lapangan terbang moden, terkini dan berdaya saing mampu memberi manfaat kepada 95 buah hotel di bawah keahlian MyBHA di seluruh negeri.
“Sekiranya projek naik taraf LTSAS dilaksanakan, ia mampu menarik lebih 11 juta pelancong untuk Tahun Melawat Perak 2024 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Kami menyokong inisiatif kerajaan negeri dan Kementerian Pengangkutan untuk mempercepatkan pembangunan dan peningkatan lapangan terbang dalam mempertingkatkan industri pelancongan negeri ini,” katanya. - PERAKTASTIC-
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1502

IPOH- Filem magiK bergenre drama, keluarga dan fantasi berjaya menyelami konflik jiwa golongan bermasalah pendengaran dan mengetengahkan isu birokrasi dalam lingkungan komuniti.
Pengarahnya, Yasu Tanaka dan isterinya Bea Tanaka dari syarikat produksi, 42nd Pictures Sdn Bhd, berkata tanyangan khas filem ini menampilkan kelainan untuk masyarakat luar bandar termasuk golongan bermasalah pendengaran supaya dapat menonton filem itu secara lebih dekat.
Read more: Filem magiK dedikasi untuk golongan pekak- Di pawagam 30 November 2023
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 888

- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1034

Ipoh: Pelancong domestik dan antarabangsa kini boleh membuat pilihan untuk menginap di ‘homestay’ ataupun ‘kampungstay’.
Pengerusi Persatuan Homestay Perak, Noradidah Mokhtar berkata produk homestay dan kampungstay adalah dua bentuk penginapan yang menawarkan pengalaman kehidupan desa yang unik kepada pelancong.
Read more: Persatuan Homestay Perak, sedia pakage menarik untuk Tahun Melawat Perak 2024







