IPOH- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memperuntukan lebih kurang RM60,000 bagi melaksanakan program mengimarahkan bulan Ramadan.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata antara program yang akan diperbanyakkan ialah majlis berbuka puasa di masjid-masjid dan surau.

 

IPOH- “Telah lama saya teringin memiliki ‘sling beg’ untuk dipakai pada hari raya nanti”, begitulah luahan hati Mohd Adam Danish Abdul Rahman, 14, dari Grik.

Mohd Adam Danish, adalah antara 30 orang anak yatim Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim dan Miskin Ipoh yang teruja membeli-belah setelah menerima baucer RM50.00 sumbangan dari pasaraya Enconve.

KUALA LUMPUR - Masih ramai warga emas berusia 60 tahun ke atas dikesan belum mendapatkan suntikan dos penggalak.

Menerusi satu hantaran pada laman Twitternya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan, kes kematian akibat Covid-19 masih lagi tertumpu kepada golongan itu.

IPOH - Tindakan sitaan telah dilakukan pada peralatan memproses skrap termasuk e-waste di sebuah kilang kitar semula di Simpang Pulai di sini semalam.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan, pemeriksaan diketuai Timbalan Pengarah negeri, Abdul Aziz Parmin.

IPOH - Sebanyak 18 keluarga yang kediaman mereka terjejas dalam kejadian ribut di beberapa tempat di Gopeng Isnin lalu menerima bantuan bencana.

Antara lokasi terjejas ialah di Kampung Rapat Jaya, Kampung Rapat Jaya Tambahan, Taman Lapangan Jaya dan Sungai Rokam.