IPOH - Satu laluan baharu telah dikenalpasti berkemungkinan lokasi paling hampir dua mangsa tertimbus dalam kejadian di Simpang Pulai pada Selasa lepas.

Sehubungan itu, pasukan penyelamat akan melakukan penggerudian pada laluan tersebut hari ini.

 

IPOH- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), kini memulakan kerja-kerja penurapan jalan yang melibatkan dua kawasan pentadbiran MBI iaitu Hala Menglembu Timur dan Jalan Bercham.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata penurapan fasa pertama di kawasan MBI itu bermula pada 15 Mac 2022 membabitkan jalan-jalan utama sepanjang 18.76 kilometer, jalanraya di kawasan pusat bandar sebanyak 4.258 kilometer, jalan raya kawasan perumahan 27,133 kilometer dan jalan di kawasan perindustrian sepanjang 5.537 kilometer.

IPOH- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) muncul sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PTB) pertama berjaya menyiapkan sebuah bas yang direka khas menjadi surau bergerak untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat lima waktu.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin Md @ Daud berkata surau bergerak itu adalah hasil idea dan reka bentuk MBI bersama syarikat yang dilantik dengan mengambil kira tentang kemudahan asas bersolat serta penambah baik dengan ciri-ciri moden lagi selesa.

IPOH – Kemunculan ‘Lelaki Ini’ setelah dua tahun menyepi, tenyata mengubat rindunya kepada peminat-peminat yang turut merindui kelunakkan suaranya melantunkan lagu-lagu berirama balada.

Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta 2022 yang diadakan di Ipoh International Convention Centre (IICC) pada 5 Mac 2022 lalu, terbukti telah memukau 1,000 tetamu yang hadir dari serata pelusuk negeri.

KUALA KANGSAR - Kemalangan membabitkan dua buah treler di Kilometer (KM) 231.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat sini pagi tadi menyebabkan salah seorang pemandunya maut.

Kejadian berlaku berdekatan Padang Rengas menghala ke Changkat Jering.