- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1003
IPOH- Perak Pass Plus (PPP) bakal menjadi aplikasi pelancongan rasmi negeri Perak selaras dengan kepentingan digitalisasi sebagai platform mempromosikan produk usahawan dan pelancongan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan Negeri Perak, Dato’ Nolee Ashilin Dato’ Mohamed Radzi berkata aplikasi PPP yang dibangunkan dengan kerjasama Tourism Perak dengan Tourplus Technology Sdn. Bhd merupakan kesinambungan daripada Perak Pass yang dibangunkan secara ‘web-based’ pada 12 Mac 2022 di Setia City Mall yang lalu.
Read more: Aplikasi Perak Pass Plus, bantu usahawan tempatan dan pelancongan
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1164

SELAMA — Seramai 100 pelajar tahfiz dan 60 asnaf sekitar daerah Selama diraikan dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak semalam.
Antaranya Maahad Tahfiz al-Yamani Sungai Bayor, Pondok Riyadussolihin dan Pusat Pengajian Tahfiz Nur as-Salam.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1448

IPOH : Hari ini merupakan hari terakhir YBhg. Dato’ Dr. Ding Lay Ming bertugas sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Perak setelah berkhidmat selama 34 tahun 6 bulan dalam perkhidmatan awam dan selama 4 tahun sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Perak.
Majlis Serahan Tugas Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah dilangsungkan secara ringkas di Dataran D’Mesra, Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) pada 22 April 2022 lalu.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga JKNP di atas kerjasama dan sokongan kepada saya selama empat tahun nberkhidmat di Jabatan ini.
“Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan dalam memimpin Jabatan Kesihatan Negeri Perak”, katanya menerusi ucapan ringkasnya menerusi ciapan laman rasmi Facebook JKNP.
Majlis ini juga menyaksikan upacara penyerahan tugas kepada penyandang sementara Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Ummi Kalthom Shamsudin, yang akan menggalas tugas Pengarah Kesihatan Negeri, JKNP.
Sementara itu beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pengamal media negeri Perak menerusi kumpulan WhatsApp Jabatan Kesihatan Media Perak.
“Dengan rendah diri saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama rakan-rakan media negeri Perak kepada saya dalam menjalankan tugas saya.
“Kita telah berkerjasama dengan sebaik mungkin dalam mengharungi cabaran pandemik Covid-19 dan disebabkan itu, kita kini telah melangkah keluar ke fasa endemik dengan rasa lebih baik dan yakin”, katanya sebelum mengundur diri dari kumpulan WhatsApp JKNP Media Perak.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 964
IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membenarkan solat Sunat Aidilfitri dilaksanakan tanpa jarak fizikal antara jemaah di masjid dan surau.
Solat Sunat Aidilfitri dibenarkan juga diadakan di tempat terbuka dan kawasan lapang dalam kawasan-kawasan perumahan dengan syarat pihak penganjur memaklumkan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum Aidilfitri kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Balai Polis atau Pondok Polis terdekat.
Read more: Sultan Perak perkenan benarkan solat Sunat Aidilfitri di masjid dan surau
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1229

Kuala Kangsar- Projek Pembinaan Pondok Pengajian Al Quran Dan As Sunnah (AQSA) berkonsepkan pengajian, resort dan rekreasi bakal menjadi pemangkin dan mercu tanda pembangunan ummah yang terulung di negeri Perak.
Pengerusi Pondok AQSA, Abdul Jabbar Mohammed Kahar atau lebih dikenali Iman Muda Jabar berkata cadangan membina Pondok Aqsa ini bertujuan mengembangkan ilmu Al-Quran dalam perspektif pengajian sepanjang hayat yang memfokoskan kepada golongan dewasa.
Read more: Jom sumbang dana - Pondok AQSA, pusat pengajian Al Quran sepanjang hayat







