Netflix didakwa masih belum membayar penggunaan rangkaian yang dibekalkan oleh syarikat pembekal perkhidmatan internet (ISP), SK Broadband, sejak 2018.

Squid Game, yang disiarkan di rangkaian Netflix dan dihasilkan Korea Selatan, merupakan rancangan televisyen yang popular ketika ini dengan jumlah tontonan paling tinggi di seluruh dunia, sekaligus menjadikannya tempat pertama dalam kedudukan perkhidmatan striming teratas di 90 buah negara - termasuk Malaysia. 

Rancangan yang mencetuskan fenomena ini juga, menaikkan populariti lokasi asalnya, iaitu sebuah wilayah di Korea Selatan, sehingga mengakibatkan lonjakan lalu lintas jaringan tempatan paling tinggi.

Walaupun langganan penonton ke rangkaian tersebut memberikan pulangan lumayan kepada Netflix, namun ia tidak memberikan keuntungan kepada SK Broadband.

Menurut Reuters, syarikat itu telah menuntut bayaran perkhidmatan strim akibat  peningkatan kos trafik rangkaian selain kerja-kerja penyelenggaraan yang disebabkan oleh lonjakan itu serta bayaran menggunakan talian khasnya sejak 2018.

Netflix, adalah penjana trafik data yang kedua terbesar di negara ini selepas platform YouTube Google.

Bagaimanapun, SK Broadband memberitahu, tidak seperti penyedia kandungan lain seperti Amazon, Apple dan Facebook, kedua-dua platform tersebut tidak membayar yuran penggunaan rangkaian – namun tiada penjelasan mengenainya.

Ia menambah, trafik data Netflix, yang dikendalikannya sejak Mei 2018, meningkat 24 kali ganda menjadikan 1.2 billion bit data, diproses sesaat pada bulan September tahun ini.

Jelasnya, lonjakan itu juga  telah mendorong kejayaan beberapa produksi Netflix tempatan, dengan yang terbaru ‘Squid Game’ serta beberapa lagi drama Korea.

Tuntutan dibuat terhadap Netflix itu telah diputuskan oleh Mahkamah Daerah Pusat Seoul terhadap Netflix pada bulan Jun, lalu.

Mahkamah menyatakan bahawa ISP menawarkan "perkhidmatan yang disediakan dengan kos" dan "wajar" bagi Netflix untuk "berkewajiban memberikan sesuatu sebagai balasan" untuk perkhidmatan tersebut.

Berdasarkan kertas tuntutan, SK Broadband menganggarkan yuran penggunaan rangkaian yang perlu dibayar oleh perkhidmatan striming itu pada tahun 2020 sahaja sekitar KRW 27.2 bilion (RM 95.7 juta). -  Reuters