KKM - Swab Test Hanya Untuk Kumpulan Sasar
- Details
- Norraidah Awang
- Nasional
- Hits: 598
BAGAN SERAI - Tidak semua guru dan murid perlu jalani swab test (ujian calitan) sekiranya sesi persekolahan dibuka.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ujian calitan itu tidak diwajibkan ke atas semua dan hanya dikhususkan kepada kumpulan sasar sekiranya mereka iaitu guru atau murid, tersenarai dalam kontak rapat dengan mana-mana individu yang mempunyai gejala atau disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19).
"Swab test ini tidak semestinya dilakukan ke atas semua orang.
"Di Malaysia kita ada kira-kira 30 juta orang dan jika bekalan tak cukup, lagilah rakyat panik,"katanya.
Dalam kunjungan itu Noor Azmi meluluskan peruntukkan berjumlah RM25,000 untuk tujuan membaikpulih siling masjid berkenaan yang bermasalah.
Hadir sama, Pengerusi Masjid, Burhanuddin Salleh.
Tambahnya lagi pihak Kementerian Kesihatan (KKM) tidak merangka sebarang prosedur operasi standard (SOP) kepada Kementerian Pendidikan (KPM) sekiranya sesi persekolahan dibuka sebaliknya SOP dirangka dan ditentukan sendiri oleh pihak kementerian berkenaan.