IPOH - Pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kini berpeluang untuk memenangi hadiah sebanyak RM261,000 menerusi Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan.

Tawaran hebat ini kembali buat semua pendeposit SSPN untuk memenangi hadiah cabutan pada peringkat nasional dan negeri.

Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan (peringkat nasional) menawarkan hadiah keseluruhan RM114,000 manakala RM10,500 untuk peringkat negeri.

Pendeposit hanya perlu menyimpan RM100 untuk layak menyertai cabutan peringkat negeri dan RM300 bagi kedua-dua cabutan.

Penyertaan adalah secara automatik bagi yang layak dan kempen ini bermula pada 18 Mei lalu sehingga 30 Jun ini.

Kempen ini bermatlamat agar orang ramai khususnya ibu bapa menabung wang raya anak-anak mereka ke dalam SSPN sebagai tabung pendidikan masa hadapan.