KUALA LUMPUR - Sebanyak 88 peratus atau 20,603,249 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 94.4 peratus atau lebih 22,098,764 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 221,812 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Johor mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 18,813 diikuti Perak (17,295), Sabah (13,559), Kedah (11,372) Pulau Pinang (6,973), Kelantan (5,812) dan Pahang (5,026).

Pada bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan akan mengumumkan kelonggaran termasuk kebenaran rentas negeri sebaik negara mencapai 90 peratus vaksinasi.

Sementara itu, Perak menghampiri 80 peratus imuniti ke Perak hanya memerlukan kira-kira 124,000 penerima vaksin sahaja lagi yang lengkap dua dos vaksinasi untuk mencapai 80 peratus imuniti kelompok.

Angka kira-kira 6 peratus ini boleh dicapai sebelum hujung Oktober ini.

Sehingga Sabtu lalu, jumlah vaksinasi dos pertama di negeri Perak telah pun mencapai 90 peratus apabila seramai 1.68 juta penduduk telah divaksin.

Bagi dos kedua pula, angkanya seramai 1.38 juta atau 74.2 peratus manakala kadar vaksinasi harian pada Sabtu lalu adalah 27,265 individu menerima suntikan.

Sehingga kini, jumlah penduduk Perak yang mendaftar sebagai penerima vaksin adalah 1.62 juta orang atau 87 peratus daripada 1.82 juta populasi berusia 18 tahun ke atas.