PUTRAJAYA  - Waktu operasi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa mulai Isnin ini.

Sebelum ini ia dihadkan daripada jam 8 pagi hingga 8 malam  semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 19 April lalu.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar di sini, hari ini. 

Katanya, arahan baru ini bagi memudahkan urusan perbankan orang ramai.

Bagaimanapun, amalan jarak sosial sedia ada masih perlu dipatuhi pelanggan ketika berurusan.