PUTRAJAYA - Sebanyak 4,869 kes atau 98.1 peratus daripada pesakit Covid-19 yang dilaporkan adalah pesakit dalam kategori satu dan dua.

Manakala 96 kes atau 1.9 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

Hari ini, jumlah jangkitan harian merekodkan sebanyak 4,965 kes termasuk 29 kes import, menjadikan jumlah kes Covid-19 mencecah 2,667,999 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh yang direkodkan pula sebanyak 4,817 kes menjadikan jumlah kes sembuh daripada Covid-19.

"Terdapat 437 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 240 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Bagi kluster pula sebanyak sembilan kluster baharu dikenal pasti dengan jumlah kluster aktif sebanyak 235 kluster," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Di Perak sehingga semalam tiada jangkitan baharu dilaporkan daripada empat kluster aktif di negeri ini

Empat kluster tersebut ialah Jalan Sungkai dengan 10 kes kumulatif, Batu 20 Selengkoh (17), Jalan Kuala Kangsar Gerik (12) dan Batu Sembilan Trong (46).

Bagi kes baharu pula ia merekod 170 kes tetapi masih rendah berbanding kes sembuh iaitu 216 kes