CYBERJAYA - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 13 Disember telah tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung sebuah filem berunsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipercayai bakal ditayangkan kepada tontonan umum.

Klip filem tempatan berjudul Stay Away From Me itu, yang menampilkan beberapa pelakon lelaki muda tular di media sosial baru baru ini dipercayai sebagai untuk menarik minat ramai.

Aduan kepada disampaikan kepada Unit Aduan Pengguna SKMM oleh pegawai YADIM.
Selain itu, YADIM turut mengenalpasti aplikasi yang mempunyai unsur yang sama iaitu Blued:Gay Live Chat and Dating dalam senarai App Store/Google Play Store.

Terdahulu baru baru ini, Yang Dipertua YADIM Ustaz Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada SKMM mengenai sebuah siri filem dalam bentuk kandungan digital yang dikatakan berunsur LGBT.

Beliau turut menggesa SKMM untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap sebarang kandungan digital atau cetak yang berunsurkan LGBT.