KUALA LUMPUR - Jangkaan terhadap penularan wabak Covid-19 pada jangkitan lebih merbahaya tidak boleh disangkal apabila para saintis dikatakan menemui gabungan varian baharu pula.

Ini berikutan dakwaan sekumpulan saintis di Cyprus yang mendakwa menemukan varian terbaharu Covid-19 dinamakan Deltacron.

Ia merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron.

Menurut laporan Bloomberg, Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu, sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian tersebut.

Mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital.

"Kami sedang mengkaji adakah varian ini lebih mudah berjangkit berbanding varian yang ada ketika ini," katanya.

Para saintis turut melaporkan, dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau 'pink eye' dan keguguran rambut.


Habis