KUALA LUMPUR- Kelompok kanak-kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun boleh mendapatkan vaksin apabila vaksin Pfizer kanak-kanak tiba ke Malaysia hujung bulan ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, program vaksinasi kanak-kanak itu akan diadakan pada 3 Februari di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu katanya, tempahan janji temu melalui MySejahtera akan dibuka secara berperingkat-peringkat pada penghujung Januari dengan tumpuan kepada ibu bapa di Lembah klang terlebih dahulu.

“Ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggunggan dalam aplikasi MySejahtera mereka.

"Perincian mengenai akses kepada sistem tempahan janji temu itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar khas di Dewan Rakyat di sini.

Kementerian mensasarkan sebanyak 70 peratus kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun dalam sistem pendidikan dapat diberikan dos 1 vaksin Pfizer (kanak-kanak) selepas dua bulan dimulakan.

Jelas Khairy Jamaluddin, pada masa ini vaksinasi Covid-19 kanak-kanak ini diberikan dengan keutamaan pada penerima yang mempunyai masalah kesihatan.

“Contoh penyakit seperti respiratori kronik, kardiovaskular, Immunosuppression, kencing manis, ginjal kronik dan penyakit saraf,” ujarnya