RIYADH - Bukan sahaja di Malaysia, malah kegusaran terhadap jangkitan wabak Covid-19 varian Omicron turut dirasai lain-lain negara dunia termasuklah negara yang sebelum ini bersikap lebih terbuka.

Buktinya apabila pihak Berkuasa Umum Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) melaksanakan perubahan prosedur baharu kepada para penumpang.

Menerusi pekeliling baharu, syarikat penerbangan itu berkaitan Covid-19, khusus untuk penumpang yang ingin masuk dan keluar dari negara itu.

Pekeliling tersebut menyebut bahawa warganegara Arab Saudi yang ingin keluar dari negara itu diwajibkan menerima dos penggalak vaksin Covid-19.

Ini termasuk mereka yang berada di Arab Saudi selama tiga bulan selepas tarikh menerima dos kedua.

Pengecualian bagaimana pun diberikan pada individu berusia bawah umur 16 tahun, atau daripada kategori-kategori yang dikecualikan, seperti yang tertakluk dalam aplikasi Tawakkalna.

Menerusi pekeliling yang diedarkan, GACA berkata, peraturan tersebut perlu dipatuhi semua syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang terbang Arab Saudi termasuk penerbangan peribadi.

Bagi kemasukan ke dalam negara, penumpang luar termasuk warganegara Arab Saudi tanpa mengira status imunisasi perlu mempunyai sijil ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (PCR) yang disahkan negatif atau ujian antigen pantas (RTK) yang diluluskan.

Kedua-dua ujian saringan itu perlu dilakukan dalam masa 48 jam dari waktu berlepas ke negara itu.

Bagaimana pun kanak-kanak di bawah umur lapan tahun dikecualian dan kesemua peraturan tersebut akan berkuat kuasa esok.