PUTRAJAYA - Satu keputusan berhubung penghantaran jemaah negara untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun ini akan diumumkan Khamis ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad berkata, perkara itu akan disertakan sekali dengan pengumuman Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan solat jemaah dan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Difahamkan, SOP itu nanti akan memperincikan tentang keluasan masjid atau surau dan kapasiti jemaah yang dibenarkan. 

“Satu kenyataan rasmi akan kita kemukakan selewat-lewatntnya Khamis ini untuk menjawab sebarang bentuk persoalan tentang solat Jumaat dan solat jemaah," katanya pada sidang media bersempena Pembentangan Kad Laporan Mei 2020 di sini, hari ini.

Beberapa negara seperti Indonesia dan Singapura sebelum ini dilaporkan memutuskan untuk tidak menghantar jemaahnya menunaikan haji bagi tahun ini dengan alasan kesihatan berikutan Covid-19.