Isu beg berat akan diselesaikan
- Details
- Sheqal Danish
- Nasional
- Hits: 551
KUALA LUMPUR -Kementerian Pendidikan akan menyelesaikan isu beg sekolah berat yang telah berlanjutan sejak sekian lama.
Pada masa sama, perbincangan juga dibuat bagi mencari pendekatan terbaik.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, isu tersebut sering menjadi bualan sejak dahulu dan telah berlanjutan.
"Kita lihat isu beg sekolah ini sudah lama dan kementerian sedang merangka pendekatan terbaik. Kena ingat isu ini sekian lama berlaku dan bukan hari ini, tetapi berlanjutan sekian lama.
"Sebab itu nak perincikan beberapa pendekatan ini, saya turun ke bawah banyak kali bagi melihat beberapa punca untuk ditangani," katanya pada sidang akhbar di ibu negara hari ini.
Beliau mengakui, antara punca kepada isu tersebut ialah jumlah mata pelajaran terlalu banyak misalnya, tujuh pelajaran di sekolah rendah untuk sehari.
"Untuk sekolah menggunakan tiga atau empat mata pelajaran, kita lihat berat beg lebih ringan namun kita tidak boleh suka-suka keluarkan arahan terus untuk mengurangkan kepada tiga pelajaran.
"Kadangkala anak-anak ini ada yang bawa buku latihan dari luar sampai dua atau tiga buku sekali gus menambah berat beg.
"Setakat mana ia digunakan di sekolah? Begitu juga dengan buku rampaian (penulisan) dan ada misalnya mata pelajaran tersebut sehingga empat buku," ujarnya.