Pengguna di Malaysia pilih aplikasi e-dagang untuk berbelanja
- Details
- Sheqal Danish
- Nasional
- Hits: 656
KUALA LUMPUR – Data Shopee Malaysia mendedahkan bahawa pengguna-pengguna Malaysia beralih ke platform e-dagang untuk mendapatkan barangan keperluan mereka secara berkala, terutamanya pelitup muka.
Kesimpulan ini terhasil apabila Shopee menganalisa trend membeli-belah pada hujung bulan untuk memahami bagaimana rakyat Malaysia membelanjakan gaji mereka.
Data ini menunjukkan rakyat Malaysia kini beralih ke Shopee untuk mendapatkan barangan keperluan.
Shopee dalam satu kenyataan memberitahu
ini kerana barangan keperluan seperti Milo, mi segera, biskut, sambal, bijirin, tisu tandas, lampin antara lain muncul secara konsisten dalam 20 barangan paling banyak dibeli oleh pembeli di seluruh Malaysia.
"Data ini juga mendapati salah satu keperluan yang dicari oleh rakyat Malaysia adalah pelitup muka, yang merupakan produk paling popular di kalangan pembeli dari Kelantan, Pahang dan Putrajaya.
" Ini kerana pelitup muka pelbagai jenama merupakan 11 daripada 20 barangan yang paling banyak dibeli oleh pengguna di lokasi-lokasi tersebut," ujar kenyataan itu.
Ini diikuti oleh pengguna dari Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu – pelitup muka pelbagai jenama adalah 50 peratus daripada 20 produk paling banyak dibeli oleh para pembeli ini.
Sebaliknya, pembelian pelitup muka mempunyai keutamaan lebih rendah di kalangan pengguna dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Selain itu, baucar tambah nilai prabayar mudah alih dan minyak semakin popular di kalangan pengguna Shopee yang menikmati kemudahan yang ditawarkan oleh e-dagang.
Para pembeli Malaysia juga mengambil peluang untuk mencari produk-produk lain semasa Jualan Hari Gaji Shopee.
Kategori-kategori lain yang popular di platform termasuk peralatan rumah, telefon bimbit dan aksesori, kesihatan dan kecantikan dan pakaian lelaki.
Item-item popular daripada kategori-kategori ini ialah penggoreng udara, pembersih vakum tanpa wayar, fon telinga Bluetooth, fon kepala permainan, oksimeter, produk penjagaan kulit seperti serum dan mask muka, kit membentuk kening, seluar trek dan tali pinggang kulit.