Kontak rapat lengkap dos penggalak tidak perlu kuarantin
- Details
- Sheqal Danish
- Nasional
- Hits: 568
KUALA LUMPUR - Bermula 1 Mac, golongan dewasa yang telah menerima dos penggalak dan tidak bergejala tidak perlu lagi menjalani kuarantin.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang akhbar berkata, sekiranya individu itu lengkap vaksinasi tetapi tidak menerima lagi dos penggalak, dia perlu menjalani kuarantin lima hari sekiranya bergejala atau tidak.
“Bagaimanapun, bagi individu yang tiada vaksinasi ataupun tidak lengkap perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari sekiranya tidak bergejala ataupun bergejala.
“Bagi individu di bawah 18 tahun pula, mereka yang lengkap vaksinasi, perlu menjalani kuarantin lima hari manakala yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi, perlua kuarantin selama tujuh hari,” katanya.
Khairy Jamaluddin berkata, individu lengkap vaksinasi dan baru dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 60 hari tidak perlu menjalani kuarantin.
Sebelum ini, individu yang didapati menjadi kontak rapat dan belum lengkap vaksinasi, termasuk tiada suntikan dos penggalak diarahkan menjalani kuarantin selama tujuh hari.
Bagi individu yang sudah menerima dos penggalak, mereka hanya perlu menjalani kuarantin selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat kes positif.