KUALA LUMPUR - Semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah menerima durian runtuh apabila kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk kakitangan di bawah skim kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

"Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan bayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April ini," katanya dalam satu kenyataan.

Bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta melibatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.