KUALA LUMPUR - Acryl Sani Abdullah Sani telah diumumkan sebagai Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, menggantikan Mazlan Mansor yang bersara hari ini setelah 41 tahun berkhidmat. 

Jawatan itu diserahkan secara rasmi dalam satu majlis di Kolej Polis Diraja Malaysia di sini pagi ini.

Mazlan telah berkhidmat sebagai Timbalan KPN sejak Mei 2019.

Acryl Sani sebelum ini adalah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman.

Acryl Sani berpengalaman luas dalam bidang kepolisan dan pernah mengetuai beberapa jabatan di Bukit Aman, antaranya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Jabatan Sumber Strategik serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).