Riyadh: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memutuskan akan membenarkan semula perlaksanaan ibadah umrah mulai 4 Oktober ini.

Namun perlaksanaan itu haruslah dibuat secara berperingkat disepanjang tahun memandangkan krisis pandemik Covid-19 masih dalam kawalan.

Untuk peringkat pertama, sebanyak 6,000 orang rakyat dan penduduk Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan umrah setiap hari mulai 4 Oktober.

Bagi pengunjung dari luar negara, ia dibenarkan mulai 1 November apabila bilangan individu yang dibenarkan menunaikan umrah dinaikkan kepada 20,000 sehari,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan rasmi menerusi agensi berita rasmi, Saudi Press Agency.

Menurut kementerian itu, umrah akan dibenarkan pada kapasiti penuh apabila ancaman pandemik Covid-19 dapat dihapuskan.